8/19/2005

Risalah haram (Illegal Brochures)

This poster is issued from HEP to inform the students to stay away from any 'NEGATIVE BEHAVIOR'.

The content of the poster:
Pihak bahagian Hal Ehwal Peljar Dan Alumni Universiti Malaya amat memandang serius perbuatan meneluarkan SURAT LAYANG, RISALAH HARAM, BERITA PALSU , KENYATAAN PALSU DAN MENGHINA piha univeristi, serta bahan-bahan bercetk yang tidak mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Univeristi. Ini kerana perbuatan tersebut tidak menunjukkan nilai-nilai positif dan berhemah sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahukan mahasiswa lebih menumpukan kepada pengajian dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada nilai-nilai keintelektuan. Oleh keranan itu, disebabkan segelintir mahasiswa yang cenderung kepada PRO GERAKAN PEMBANGKANG, telah menyebabkan imej dan maruah Univeristi Malaya tercemar. Sesiapa yang didapati MENGELUAR, MENCETAK, MENGEDAR dan MEMILIKI bahan-bahan tersebut akan dikenakan tindakan tegas, Justeru itu, pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni menyeru kepada mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya, agar MENOLAK BUDAYA dan PERLAKUAN NEGATIF ini kerana ianya akan merosakkan pemikiran, perlakua, serta penumpuan kepada pengajian dan nila intelektual yang selama ini didokong oleh mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya.Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti negatif tersebut, sila hubungi atau laporkan kepada pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

No comments: